Firman Allah s.w.t di dalam surah An-Nur ayat 11 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di Akhirat).”
Tidak semua orang genius dan cerdik meniti perjalanan mereka dengan penuh kegigihan kerana mereka sedar akan kekurangan yang ada pada mereka. Ramai di antara ulama’ seperti ‘Atha, Sa’id bin Jubair, Qatadah, Al-Bukhari, At-Tirmidzi, dan Abu Hanifah hidup dengan perasaan tenang.
Ramai cendikiawan dunia dan orang yang luas ilmu agamanya, meskipun mereka buta seperti Ibnu Abbas, Qatadah, Ibnu Ummi Maktum, Al-‘Amasy dan Yazid bin Harun.
Demikian juga dari kalangan ulama’ muta’khir seperti Syeikh Muhammad bin Ibrahim Ali Asy-Syeikh, Syeikh Abdullah bin Humaid dan Syeikh Abdul ‘Aziz bin Baz. Terdapat juga para cendikiawan, para ilmuan dan genius Arab yang mengalami kekurangan secara fizikal. Ada di antara mereka yang buta, ada yang tuli, ada yang pincang, ada yang lumpuh, namun semua kekurangan itu tidak melemahkan motivasi mereka. Dengan ilmu dan penemuan ilmiahnya, mereka mampu mengukir sejarah dan memberi sumbangan yang positif bagi kehidupan manusia. Firman Allah s.w.t di dalam surah AL-Hadid ayat 28 bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmat-Nya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkan-Nya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Gelaran atau taraf akademik yang tinggi bukanlah segala-galanya dalam hidup ini. Tidak perlu bersedih, bingung dan patah semangat kerana tidak memiliki ijazah kerana ijazah bukan segalanya dalam hidup ini. Tanpanya anda masih boleh menciptakan pengaruh, masih boleh bersinar dan masih boleh mempersembahkan yang terbaik untuk ummat manusia.
Betapa ramai orang terkenal dan mampu memberikan sumbangan yang sangat besar, namun tidak memiliki ijazah secara formal. Mereka hanya menjalani kehidupan dengan segala keteguhan hati, kegigihan tekad dan optimis yang tinggi.
Selanjutnya kita melihat pada masa kini, ternyata ramai sekali orang-orang yang berpengaruh dalam ilmu syariat, dakwah, pendidikan, pemikiran dan sastera yang tidak memiliki ijazah secara formal. Misalnya, Ibnu Baz, Malik bin Nabi, Al-Aqqad, Ath-Thanthawi, Abu Zahrah, Al-Maududi, An-Nadawi dan yang lain.
Masih ramai lagi ulama’-ulama’ salaf, dan para genius masa lain yang tidak mungkin disebutkan di sini.
Jiwa yang mulia
Pasti akan membawa kepada kemuliaan
Dan mengajar ketegaran dan keberanian
Sebaliknya, ribuan akademik yang menyandang gelaran doktor di kalangan ummat Islam, apakah anda mendengar sumbangan positif yang mereka berikan bagi kebaikan kehidupan di dunia ini? Firman Allah lagi di dalam surah Maryam ayat 98 bermaksud:
“dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka; engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun dari orang-orang yang telah dibinasakan itu.”
Perasaan qana’ah (puas dengan pemberian Allah s.w.t) adalah sesuatu kekayaan yang agung. Dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Redhalah atas bahagian yang telah diberikan Allah s.w.t kepadamu, maka engkau akan menjadi orang terkaya.”
Terimalah saja keluarga, pendapatan, kenderaan, anak-anak dan tugas-tugas anda apa adanya dengan penuh keredhaan, nescaya anda akan merasakan indahnya kebahagiaan dan ketenangan. Dalam sebuah hadith sahih disebutkan yang bermaksud:
“Kekayaan yang sebenarnya adalah kaya hati.”
Kekayaan yang sebenarnya bukanlah diukur dengan banyaknya material, harta dan kedudukan, namun diukur dengan ketenangan jiwa dan keredhaannya menerima apa yang diberikan Allah s.w.t. Dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah s.w.t mencintai seorang hamba yang bertakwa, kaya dan tekun dalam beribadah serta sembunyi-sembunyi dalam memberikan sedekah.”
Hadith lain berbunyi:
“Ya Allah, berikanlah rasa kaya dalam hatinya.”
Ada seseorang bercerita: “Saya pernah naik sebuah kenderaan dari bandar menuju suatu kota, dengan hanya ditemani seorang pemandu. Saya perhatikan pemandu itu ceria sekali, ia sentiasa memuji dan bersyukur kepada Allah s.w.t. Lalu saya tanyakan kepadanya tentang keluarganya. Katanya, dia memiliki dua orang isteri dan anak lebih dari sepuluh.”
Sedangkan penghasilannya setiap bulan hanya 800 rial. Dia hanya mempunyai bilik-bilik kuno yang didiaminya bersama keluarganya. Namun dia sangat menikmati kedamaian itu, kerana dia redha dengan apa yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya.”
“Saya tidak habis berfikir, ketika saya membandingkan pemandu ini dengan orang-orang yang memiliki wang jutaan rial, di samping istana dan rumah mewah, tetapi mereka hidup penuh dengan keluh kesah. Akhirnya, saya dapat simpulkan bahawa kebahagiaan tidak terletak pada banyaknya harta.”
Ada juga cerita tentang seorang saudagar besar dan terkenal, yang memiliki jutaan rial dan puluhan istana dan rumah mewah, tetapi akhlaknya buruk, hubungannya dengan sesama manusia tidak baik, tabiatnya buruk dan selalu murung. Akhirnya, ia mati dalam keadaan terasing dari keluarganya. Ini adalah kerana ia tidak pernah puas dengan nikmat serta rezeki yang telah diberikan Allah s.w.t kepadanya. Firman Allah dari surah Mudatsir ayat 15 hingga 16 bermaksud:
“kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi; tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).”
Dalam pandangan orang Arab kuno, ketenteraman jiwa itu dapat dicapai dengan mengasingkan diri di tengah gurun dan menjauhkan diri dari keramaian orang ramai. Pujangga Arab mengatakan:
Serigala melolong dan aku pun merasa tak asing dengan lolongannya
Namun ketika manusia berbicara
Ingin rasanya aku segera terbang meninggalkannya
Suatu ketika, Abu Dzar r.a pernah mengasingkan diri ke Rabzah, sebuah lembah yang terletak antara Makkah dan Madinah. Sementara itu, Sufyan Ats-Tsauri pernah berkata:
“Aku merasa gembira sekiranya aku boleh berada di sebuah bukit dan tidak seorang pun yang mengetahui keberadaanku.”
Dalam sebuah hadith disebutkan:
“Hampir datang suatu masa yang pada masa itu sebaik-baik harta seorang muslim adalah kambing yang digembalakan di lembah-lembah yang subur atau di puncak gunung. Ia melakukan yang demikian kerana ingin menyelamatkan agamanya dari kacaunya fitnah.”
Jika terjadi fitnah, maka jalan terbaik bagi seorang hamba adalah meninggalkannya seperti yang dilakukan oleh Abdullah bin Umar, Usamah bin Zaid, dan Muhammad bin Maslamah ketika terjadinya peristiwa terbunuhnya Uthman r.a.
Ramai sekali orang yang dilanda kemiskinan, kesengsaraan dan sempit hatinya hanya kerana mereka jauh dari Allah s.w.t. Ada seorang yang dahulunya kaya-raya dengan harta yang melimpah dan dikurniai kesihatan oleh Tuhannya dan mendapat kebaikan dari Allah s.w.t. Namun kemudian dia berpaling dari ketaatannya kepada Allah s.w.t, melalaikan solat dan melakukan dosa-dosa besar.
Maka Allah s.w.t pun mencabut kesihatannya, menyempitkan rezekinya dan mengujinya dengan keresahan dan kebingungan. Hidupnya pun berpindah dari satu kesengsaraan menuju ke sengsaraan yang lain dan dari bencana yang satu menuju ke bencana yang lain. Firman Allah dalam surah Thaha ayat 124 bermaksud:
"Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
“(balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Anfal: 53)
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” (Asy-Syuura: 30)
“(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.” (Al-Jin: 16)
Bayangkanlah jika kita memiliki suatu keajaiban yang dapat mengubah kegelisahan, kegundahan dan kesedihan itu, namun dari mana keajaiban itu diperolehi? Meskipun demikian, terdapat satu resepi dari para ulama’ dan para tokoh Islam, yakni, sembahlah Yang Maha Pencipta, terimalah rezeki yang ada, terimalah qadha’ Allah s.w.t, zuhudlah terhadap dunia, serta pendekkan angan-angan anda.
Seorang ahli psikologi yang berasal dari Amerika Syarikat yang bernama William James – seorang bapa ilmu psikologi di kalangan mereka. Katanya:
“Sungguh kita manusia selalu memikirkan apa yang tidak kita miliki, dan tidak berterima kasih kepada Tuhan atas apa yang telah kita miliki.”
Kita melihat penderitaan hanya dari sisi negatifnya tanpa mahu melihat sisi positifnya dan selalu merasa rugi terhadap kekurangan yang kita miliki, namun kita tidak pernah merasa beruntung atas kelebihan yang kita miliki. Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras".
Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku berlindung kepada Allah s.w.t dari jiwa yang tidak pernah merasa puas.”
Dalam hadith disebutkan:
“Barangsiapa yang berada pada waktu pagi dan menanamkan tekad bahawa akhirat itu adalah tujuannya, maka Allah s.w.t akan selalu memudahkan semua urusannya, Allah s.w.t akan memberi kekayaan di dalam hatinya, dan nikmat dunia akan diberikan kepadanya melalui jalan yang mudah. Barangsiapa yang berada pada pagi hari dan menanamkan tekad bahawa dunia adalah tujuannya, maka Allah s.w.t akan merumitkan semua urusannya, Allah s.w.t akan menjadikan kemiskinan selalu ada dihadapan matanya dan llah s.w.t tidak akan memberikan nikmat dunia kepadanya kecuali sekadarnya sahaja.”
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ankabut ayat 61 bermaksud:
“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)?”
Dari buku La Tahzan karangan Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan