(006) Kebanyakan Isu Tidak Benar


Jeneral George Kruck seorang perwira yang termasuk paling anti terhadap orang Indian di Amerika, pada halaman 77 dari catatan hariannya menulis: “Semua kegelisahan hidup yang dialami oleh kebanyakan orang Indian kira-kira bersumber pada khayalan mereka dan bukan pada realiti kehidupan yang ada”.

Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Quran di dalam surah Al-Munafiqun ayat 4 yang bermaksud;

“...mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang kuat ditujukan kepada mereka...”

“Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, nescaya mereka tidak menambah kamu selain kerosakan belaka, dan tentu mereka akan bergegas-gegas maju ke depan di celah-celah barisanmu...” (At-Taubah: 47)

Profesor Hawks dari Universiti Columbia telah menjadikan senandung berikut sebagai salah satu motto hidupnya: “Semua penyakit yang ada di bawah matahari pasti ada ubatnya, atau sama sekali tidak pernah ada. Jika ada maka berusahalah untuk mendapatkannya, namun jika tidak maka jangan difikirkan”.

Dalam sebuah hadith sahih disebutkan;

“Allah s.w.t tidak pernah menurunkan penyakit, kecuali menurunkan pula ubatnya. Orang yang berilmu akan mengetahuinya, sedang orang yang bodoh tidak akan mengetahuinya”.

Pengajaran:
1. Tidak apa yang berlaku di dunia dan akhirat kelak sia-sia dan tidak mungkin ia hanya berlaku begitu sahaja.
2. Allah Maha Mengetahui setiap perkara yang berlaku, maka letakkanlah segala kemahuan, keinginan, cita-cita mahupun matlamat kehidupan kita dibawah Kehendak-NYA.
3. Setiap apa yang di dengar, pastikanlah kesahihannya dan carilah kebenarannya, kerana pada setiap kejadian itu pasti ada hikmah dan pengajarannya.




Bingkisan dari Buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran. Buku La Tahzan yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ARTIKEL TERKINI

(La Tahzan) 048 Bersikap Optimis