(038) KESENANGAN YANG KEKAL ADA DI AKHIRAT BUKAN DI DUNIA


KESENANGAN YANG KEKAL ADA DI AKHIRAT BUKAN DI DUNIAJustify Full

Apakah anda ingin selalu kelihatan muda, sihat, kaya dan tidak akan mati? Jika anda menginginkan itu maka bukan di dunia tempatnya, tetapi di akhirat. Kehidupan dunia ini telah Allah s.w.t. ciptakan untuk satu penderitaan dan kefanaan. Allah s.w.t. sahaja menyebutnya sebagai ‘main-main, senda gurau dan penuh tipu daya’.

Pernah seorang penyair hidup tanpa wang dan tidak mempunyai apa-apa, padahal dia sedang berada dipuncak usia keemasannya. Dia pernah berusaha mencarinya, tetapi tidak mendapatnya. Pernah mencuba menikahi seorang gadis, tetapi gagal.

Ketika kemudian usianya sudah lanjut, rambutnya telah beruban dan tulang-tulangnya telah mula rapuh, harta itu datang sendiri kepadanya dari mana saja, isteri tidak susah didapati, juga tempat tinggal. Tetapi ini justeru membuatnya mengeluh;

Segala yang ku angan-angankan
Saat usia dua puluhan baru dapatku gapai
Sesudah usia melampaui tujuh puluhan
Kini aku dikelilingi gadis-gadis Turki
Yang cantik-cantik lagi bermata tajam
Begitu merayu dan menentangku
Mereka mengeluh:
“Rintihanmu sepanjang malam
Membuat kami tidak dapat tidur
Apakah yang engkau rasakan?”
Ku jawab:
“Kerana usiaku telah lapan puluhan.”

Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran dari surah Fathir ayat 37 yang bermaksud;

“...bukankah Kami telah memanjanngkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang berfikir dan (bukankah) telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan...” (Fathir: 37)

“...dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Qasas: 39)

“Tidaklah kehidupan dunia ini melainkan gurau senda dan main-main...” (Al-Ankabut: 64)

Perumpamaan kehidupan ini adalah seorang musafir yang sedang bernaung di bawah sebatang pohon yang sejenak kemudian pergi dan meninggalkan pohon itu.




Muat turun artikel ini di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ARTIKEL TERKINI

(La Tahzan) 048 Bersikap Optimis