Satu kesimpulan yang diperolehi oleh Dr. ‘Aid Abdullah Al-Qarni dari dua judul buku yang pernah dibacanya iaitu ‘Allah Menampakkan Diri-Nya Di Abad Ilmu Pengetahuan’ dan buku ‘Kedoktoran Sebagai Mihrab Keimanan’ adalah, “Kebanyakan faktor yang dapat membantu membebaskan seseorang dari perasaan gundah dan cemas ialah beriman kepada Allah s.w.t. dan menyerahkan semuanya urusan kepada-Nya.”
"(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hamba-Nya". (Al-Mukmin: 44)
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (At-Taghabuun: 11)
Orang yang menyedari bahawa semua ini berjalan berdasarkan ketentuan dalam qadha’ dan qadar, maka Allah s.w.t. akan menunjukkan hatinya untuk menerima dengan penuh keredhaan dan berserah diri.
"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepada-Nya, dan memuliakan-Nya, juga menolong-Nya, serta mengikut Nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.” (Al-A’raf: 157)
Dalam sebuah syair dikatakan:
Ku sedari bahawa tidak ada satu musibah pun
Yang ditimpakan Allah s.w.t. kepadaku
Kecuali musibah itu
Telah menimpa orang lain sebelum aku
Para penulis barat yang terkenal seperti Cortsi Mirisson, Alex Carell dan Dale Carnegie mengakui bahawa satu-satunya penyelamat bangsa barat (Eropah) yang menganut fahaman materialis (kebendaan) yang kini sudah runtuh itu adalah keimanan kepada Allah s.w.t. Mereka menyebutkan bahawa penyebab utama dan rahsia terbesar dari terjadinya tindakan bunuh diri yang kini menjadi fenomena di barat adalah kerana kekufuran dan berpalingnya mereka dari Allah s.w.t. Tuhan semesta alam.
“Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.” (Sad: 26)
“(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengannya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).” (Al-Hajj: 31)
Surat khabar harian Asy-Syarq Al-Awsath (edisi 21/4/1415 hijrah) mengutip catatan harian dari isteri bekas Presiden Amerika, George Bush, bahawa dia telah berkali-kali berusaha membunuh diri. Dia memandu keretanya dan sengaja menjatuhkannya ke dalam sebuah jurang yang dalam dan pernah juga berusaha gantung diri.
Qazman adalah salah seorang tentera di antara bala tentera muslim perang Uhud yang berjuang dengan gigih sehingga ramai para sahabat yang berkata, “Alangkah gembiranya dia, kerana dia akan mendapat syurga.” Tetapi Rasulullah s.a.w. membantah, “Sesungguhnya dia termasuk penghuni neraka.”
Ia mendapat luka parah dan ia tidak bersabar kerananya, lalu dia membunuh diri dengan menusukkan pedangnya sendiri.
“(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan." (Al-Kahfi: 104)
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". (Thahaa: 124)
Seorang Muslim tentu tidak akan terjerumus ke dalam perkara seperti ini walaubagaimana pun keadaannya kerana solat dua rakat yang dikerjakannya dengan khusyuk dan penuh ketundukan setelah berwudhuk merupakan jaminan untuk mengakhiri semua keresahan, kesengsaraan dan tekanan.
“Oleh itu, bersabarlah engkau (Wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).” (Thahaa: 130)
“Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?” (Al-Insyiqaaq: 20)
Apa yang membuat mereka kembali tidak beriman, padahal jalannya sudah jelas, hujahnya telah demikian lengkap, dalilnya pun sangat tegas dan kebenaran pun telah kelihatan;
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Fusilat: 53)
Sudah jelas bagi mereka bahawa Muhammad s.a.w. itu adalah seorang yang benar dan jujur, Allah s.w.t. adalah Tuhan yang berhak untuk disembah, Islam itu adalah agama yang sempurna yang berhak untuk dianuti oleh sekalian manusia;
“Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan." (Luqman: 22)
Pengajaran:
Kembalilah kepada Allah kerana setiap perkara yang berlaku hanyalah dengan izin Allah s.w.t. Jangan sekali-kali kita lupa atau berputus asa dengan apa sahaja yang telah Allah tentukan untuk kita kerana Dia Maha Mengetahui dengan apa yang tidak kita ketahui.
Ringkasan dari buku motivasi terlaris La Tahzan karangan oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan