(027) AKHIRNYA MEREKA MENGAKU


Sakharov, seorang saintis Rusia, diasingkan ke kepulauan Siberia kerana pemikirannya yang menentang pandangan Atheis. Dia menyatakan bahawa di sana ada satu kekuatan aktif yang memiliki pengaruh besar di alam semesta. Pernyataan ini jelas bertentangan dengan keyakinan orang-orang komunis. "Tidak ada Tuhan, kehidupan ini adalah material." Pernyataan Sakharov ini menunjukkan bahawa jiwa manusia diciptakan untuk bertauhid.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Rum ayat 30 yang bermaksud;
"...(tetaplah atas) fitrah Allah s.w.t yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu..."

Orang yang tidak percaya kepada Allah s.w.t tidak akan memiliki tempat baik di manapun dia berada kerana dia telah menyalahi fitrah dan menyalahi manhaj Allah s.w.t di muka bumi.

Seorang profesor Muslim di The International Institute of Islamic Thought di Washington, dua tahun sebelum kejatuhan komunisma Soviet Union telah menyebutkan;

"Dan (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al-Quran) pada permulaannya, dan Kami biarkan mereka bergelumang dalam kesesatan yang sangat." (Al-An'am: 110)

"Ayat-ayat berikut ini akan berlaku kepada mereka", tegasnya.

"...maka Allah s.w.t menghancurkan rumah-rumah mereka dari dasarnya, lalu bumbung (rumah itu) jatuh menimpa mereka dari atas..." (An-Nahl: 26)
"...maka Kami datangkan kepada mereka banjir yang besar..." (Saba': 16)
"Maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya..." (Al-Ankabuut: 40)
"Maka datanglah azab kepada mereka dengan mendadak, sedang mereka tidak menyedarinya." (Asy-Syu'ara': 202)




Pengajaran: 1. Apabila manusia menggunakan akalnya berfikir secara terbuka dan mencari kebenaran dengan ikhlas, maka Allah akan berikan petunjuk walau dengan apa cara sekalipun. 2. Sifat bertuhan ini juga telah diakui oleh mereka yang berfahaman komunisma, namun mengapa ummat Islam itu sendiri semakin melupakan Allah s.w.t.? 3. Kita seharusnya mengembalikan apa sahaja yang berlaku kepada Allah s.w.t kerana hanya Dialah yang berkuasa ke atas sesuatu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ARTIKEL TERKINI

(La Tahzan) 048 Bersikap Optimis