(003) Perbaiki Akhlak Anda Di Hadapan Allah s.w.t.


William James mengatakan: “Tuhan memberikan keampunan atas kesalahan kita, namun organ saraf kita tidak pernah melakukan itu untuk selamanya.”

Ibnu Al-Wazir dalam bukunya yang sangat terkenal, Al-‘Awashim wa Al-Qawashim, mengatakan bahawa harapan terhadap rahmat Allah s.w.t. akan selalu membukakan pintu harapan bagi diri seorang hamba, akan menguatkannya untuk melakukan ketaatan dan membuatnya semakin berlumba-lumba dalam melakukan amalan sunnah dan bersegera untuk melakukan kebaikan.

Ini benar. Kerana tidak semua jiwa akan menjadi baik kecuali dengan mengingat rahmat, keampunan, taubat dan kesabaran Allah s.w.t. Ini kerana sikap Allah s.w.t yang demikian baik maka mereka pun mendekatkan diri kepada-NYA, dan berusaha keras untuk melakukan kebaikan.

Sematkan angan
hingga mencapai bintang keberkatan
jadikanlah kerdipan kelopak matamu
dalam kerdipan murah hati

Bila hati meragu, segera jelaskan kepada-NYA
bahawa digugusan galaksi
sinar terang menerpa pagi.
Bersiaplah
Menghadapi waktu Dhuha selanjutnya.

Berfikirlah Sambil Melakukan

Thomas Edison mengatakan: “Tidak ada cara yang dapat dilakukan oleh manusia sebagai tempat pelarian untuk bersembunyi dari fikirannya.”

Pernyataan ini benar berdasarkan pengalaman. Ini kerana manusia apabila ketika sedang membaca atau menulis maka sebenarnya ia berfikir. Salah satu cara terbaik untuk menajamkan dan mengawal fikiran adalah melakukan pekerjaan yang menyenangkan dan bermanfaat. Ini kerana orang-orang yang menganggur adalah orang-orang yang suka mengkhayal dan menyebarkan berita yang tidak jelas.

Pengajaran:
1. Allah itu Maha Pengampun. Oleh yang demikian, hanya Dia-lah yang amat berkuasa dan Maha Pemberi ketenangan di dalam jiwa. Terdapat kelemahan pada manusia sekiranya hubungan kita sesama manusia tidak dijaga.
2. Peliharalah akhlak di hadapan Allah, kerana kemana sahaja kita pergi, pada bila-bila masa, Allah bersama kita, Dia tidak akan pernah tidur.
3. Latihan untuk diri kita menjadi lebih baik adalah dengan sentiasa memanjatkan kesyukuran. Berceritalah tentang kebesaran Allah dan hari akhirat kerana disitulah sebenarnya terletaknya kedamaian dan kesejahteraan yang akan kekal selamanya.
4. Teruskan lah berfikir serta sentiasalah melakukan kerja-kerja yang bermanfaat, nescaya apabila waktu kita diisikan dengan perkara sedemikian, maka akan kurang ruang untuk kita melakukan kerja-kerja kejahatan atau kemungkaran.




Bingkisan dari Buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran. Buku La Tahzan yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ARTIKEL TERKINI

(La Tahzan) 048 Bersikap Optimis