BERBAIK SANGKA KEPADA ALLAH TIDAK AKAN MENGECEWAKAN
Firman Allah s.w.t. di dalam sebuah hadith qudsi ertinya;
“Aku mengikut persangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku. Oleh kerana itu, bersangkalah dia terhadap-Ku, menurut apa yang disukainya.”
Seorang penulis mengatakan, “Harapan adalah materi untuk membina kesabaran dan yang akan membantu untuk membangunnya adalah berbaik sangka kepada Allah s.w.t., kerana berbaik sangka kepada Allah s.w.t. adalah jaminan untuk tidak gagal. Sejauh pengamatan saya tentang watak orang-orang mulia dapat saya simpulkan bahawa mereka cenderung mengangkat orang yang bersikap baik kepada mereka, mengesampingkan orang yang kurang ajar kepada mereka dan malu untuk tidak meluluskan harapan orang yang mengharap kepada mereka. Lalu bagaimana dengan Zat Yang Maha Dermawan yang tentunya tidak akan kesusahan memberi kepada orang-orang yang mencita-citakan Zat yang dimaksudkan lebih dari yang mereka angankan tentangnya.”
Contoh kecintaan Allah s.w.t. kerana sikap hamba-Nya yang selalu menaruh harap kepada-Nya dan menanti pertolongan dari naungan dan tempat kembalinya, adalah bahawa jalan keluar dari kesusahan itu hanya akan datang setelah hamba itu mengalami kebuntuan, setelah tidak tahu lagi harus ke mana ia mengarahkan cita-cita dan keinginannya, setelah pintu harapannya tertutup, setelah kehabisan akal dan setelah tidak tahu lagi bagaimana mengakhiri tekanan dan ujian terhadap dirinya. Untuk apa semua itu? Agar menjadi pendorong bagi dirinya untuk mengarahkan harapannya kepada Allah s.w.t. dan agar menjadi peringatan supaya terus memperbaiki prasangka baik kepada-Nya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-A’raf ayat 194 yang bermaksud;
“Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.” (Al-A’raf 7: 194)
Muat turun artikel ini di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan