MERAIH KEUTAMAAN ADALAH MAHKOTA KEHIDUPAN BAHAGIA
Untuk mendapatkan kebahagiaan, rasa aman dan ketenangan, maka setiap hamba dituntut untuk melakukan nilai-nilai keutamaan, sifat-sifat mulia, dan tindakan-tindakan yang baik. Menurut hadith yang bermaksud, “Kerjakanlah selalu apa yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah s.w.t.”
Pernah seorang sahabat meminta Rasulullah s.a.w. agar kelak di syurga ia menjadi temannya. Maka Rasulullah s.a.w. pun bersabda yang maksudnya, “Perbanyakkanlah sujud, kerana setiap kali engkau sujud kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. akan mengangkat darjatmu (satu tingkat).”
Sahabat yang lain meminta satu kebaikan yang sudah mencakupi seluruhnya. Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang maksudnya, “Selalulah lidahmu basah dengan berzikir kepada Allah s.w.t.”
Sedangkan sahabat yang ketiga meminta kebaikan yang serupa, Rasulullah s.a.w. mengatakan yang bermaksud, “Janganlah sekali-kali engkau mencaci seseorang dan jangan pula kau gunakan tanganmu untuk memukul orang. Jika seseorang mencacimu dengan apa yang diketahuinya tentang dirimu janganlah engkau mencacinya dengan apa yang engkau ketahui tentang dirinya. Jangan pula sekali-kali engkau meremahkan satu kebaikan pun meskipun sekadar menuangkan (air) dari timbamu ke timba seseorang yang memerlukan air.”
Sekiranya dilihat dari konteks berburu keutamaan, yang diperlukan adalah kecepatan dan tindakan yang segera. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud, “Segeralah melakukan amal soleh (sebelum kamu disibukkan dengan) berbagai fitnah.”
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud, “Gunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain.”
Firman Allah s.w.t. di dalam surah Ali Imran pada ayat 133 bermaksud;
“Bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga...” (Ali-Imran: 133)
“...sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam melakukan kebaikan...” (Al-Anbiya’: 90)
“Orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang palingh dahulu masuk syurga.” (Al-Waqi’ah: 10)
Jangan anda membuang-buang waktu untuk melakukan kebaikan. Jangan anda menunda waktu untuk melakukan perbuatan yang baik dan jangan selalu menghulur-hulur waktu untuk meraih keutamaan.
Degup jantung seseorang
Seakan-akan berbicara kepadanya
Bahawa sesungguhnya hidup ini
Terdiri dari minit-minit dan detik-detik
Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud;
“...dan untuk yang demikian itu hendaklah orang berlumba-lumba.” (Al-Mutaffifin: 26)
Muat turun artikel di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan