JAUHI MUSUH-MUSUH MANHAJ RABBANI
Setelah membaca buku-buku yang ditulis oleh mereka yang ingkar kepada Allah s.w.t. dan merintangi manhaj Allah s.w.t. baik dalam bentuk puisi mahupun prosa,dapat kita ketahui bahawa ucapan orang-orang yang menyimpang dari jalan Allah s.w.t. di muka bumi ini dan semua kekurangan ajaran mereka, menunjukkan sikap permusuhan terbuka terhadap prinsip-prinsip kebenaran yang hakiki dan ajaran-ajaran rabbani. Oleh yang demikian, dapatlah bersama kita simpulkan bahawa orang akhirnya tidak malu untuk menciplak apa yang mereka katakan, tulis dan ungkapkan.
Fahamilah kita bahawa orang yang tidak mempunyai prinsip dan tidak berpegang kepada ajaran suatu risalah, maka sesungguhnya telah berubah menjadi binatang melata dalam bentuk manusia dan berubah menjadi haiwan dalam wujud manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;
“Ataukah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka itu lebih sesat jalan hidupnya (daripada binatang ternak).” (Al-Furqan: 44)
Pada saat membaca buku-buku seperti itu, terselit beberapa pertanyaan yang kemudian sepatutnya kita lontarkan persoalan ini kepada diri kita sendiri, “Bagaimana orang-orang seperti itu akan bahagia sementara mereka telah berpaling dari si Pemilik kebahagiaan itu sendiri, yang akan Ia berikan kepada siapa saja yang Ia kehendaki?”
Bagaimana mereka akan bahgia sementara mereka telah membuatkan Allah s.w.t. murka? Bagaimana mereka akan dapat ketenangan sementara mereka telah memerangi-Nya?
Namun hukuman pertama yang menimpa mereka di dunia ini, merupakan tahap awal perkenalan mereka dengan kesengsaraan di akhirat nanti (jika mereka tidak bertaubat), yang berupa neraka jahannam, kesengsaraan hidup, ketidak acuhan dan tekanan mental. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;
“Barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh ia akan mendapat penghidupan yang sempit...” (Taha: 124)
Tidak jarang mereka ingin menghilang saja dari dunia ini, ingin segera mengakhiri kehidupannya, ingin agar dunia diledakkan saja dan meninggalkan kehidupan ini.
Kesamaan antara orang-orang yang ingkar kepada Allah s.w.t. dahulu dan sekarang adalah bahawa mereka sama-sama kurang ajar kepada Allah s.w.t., mereka menrapkan nilai-nilai dan prinsip-prinsip secara sebarangan, mereka amat bodoh terhadap akibat buruk dan mereka tidak peduli terhadap apa yang mereka katakan, tulis dan kerjakan. Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud;
“Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan di atas dasar takwa kepada Allah s.w.t. dan keredhaan-Nya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunan itu jatuh bersama dia ke dalam neraka Jahannam? Allah s.w.t. tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (At-Taubah: 109)
Bagi mereka yang ingkar itu, jalan keluar satu-satunya dari keresahan jiwa, kesuntukan nurani dan kesedihan hati (jika mereka tidak mahu bertaubat dan tidak mahu mencari hidayah) ialah bunuh diri dan mengakhiri hidup yang pahit dan usia yang murah lagi tiada harganya ini. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;
“...katakanlah (kepada mereka), ‘Matilah kamu kerana kemarahan kamu itu...’” (Ali-Imran: 119)
“...maka bunuhlah diri kamu sendiri. Yang demikian itulebih baik bagi kamu...” (Al-Baqarah: 54)
Muat turun artikel ini di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan