Zayyat dalam majalah Ar-Risalah menulis sebuah artikel yang mengkagumkan yang di dalamnya diutarakan perkara yang luar biasa dan merupakan satu tulisan yang tepat untuk menggambarkan bagaimana sebenarnya komunisma itu.
Sekembalinya mereka dari mengirim pesawat ruang angkasa (antariksa) le bulan, salah seorang anak pesawatnya menulis satu artikel di suratkhabar Bravada Rusia. Katanya di dalam artikel tersebut, "Kami telah sampai kelangit, namun kami tidak menemui Tuhan di sana, kami juga tidak melihat adanya syurga, neraka dan juga tidak ada Malaikat."
Kemudiannya Zayyat menulis sebuah artikel sebagai sanggahan terhadap penulisan tersebut, "Aneh sekali tingkah laku kamu, wahai keldai-keldai bodoh! Apakah kamu mengira bahawa kamu akan melihat Tuhan kamu di atas Arasy-Nya dengan mata kasar? Apakah kamu mengira bahawa kamu akan melihat para bidadari di taman syurga berjalan dengan memakai sutera-sutera nan indah, atau kamu mengira bahawa kamu akan mendengar bunyi gemersik sungai Kautsar atau kamu mengira akan mencium bau orang-orang yang diseksa di neraka? Jikan itu yang menjadi prasangka kamu, maka kamu telah rugi seperti kerugian yang kamu deritai pada saat kamu hidup saat ini. Saya hanya dapat mentafsirkan kesesatan, penyimpangan dan ketololan kamu itu melalui kacamata komunisma dan kekafiran yang bersarang di dalam kepada kamu. Komunisma itu adalah sebuah hari tanpa esok, bumi tanpa langit, kerja tanpa akhir dan usaha tanpa hasil..." sehinggalah akhir artikelnya.
Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Furqan ayat ke 44 yang bermaksud;
"atau adakah Engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi".
Firman Allah lagi di dalam surah Al-A'raaf ayat 179 bermaksud;
"Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman".
Firman Allah lagi yang bermaksud;
"Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkan-Nya". (Al-Hajj - 18)
"dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (Demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah menyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah amat segera hitungan hisab-Nya". (An-Nur - 39)
"Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran". (Ibrahim - 18)
Al-'Aqqad dalam kitabnya yang berjudul Madzhab Dzawi Al-'Aahaat, mengecam keras komunisma dan kekufuran Atheisma yang menyebar di dunia ini. Kecamannya dapat disimpulkan seperti berikut, "Sesungguhnya fitrah suci manusia adalah menerima agama yang hak ini, agama Islam. Hanya mereka yang dungu dan dangkal fikirannya sajalah yang terjerumus pada kekufuran." Firman Allah s.w.t di dalam surah At-Taubah ayat 87 bermaksud;
"Mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur), dan (dengan sebab itu) hati mereka dimeteraikan atasnya, sehingga mereka tidak dapat memahami sesuatu".
Atheisma adalah ancaman berat bagi proses berfikir. Ini sama dengan apa yang dilakukan oleh anak kecil dalam dunia mereka. Fahaman mereka adalah satu kekeliruan terbesar dalam perjalanan sejarah manusia. Oleh kerana itulah Allah s.w.t berfirman lagi di dalam surah Ibrahim ayat 10 yang bermaksud;
"Rasul-rasul mereka bertanya: 'Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu'. Mereka menjawab, 'Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata'".
Ertinya, "Keberadaan Allah s.w.t itu sama sekali tidak diragui lagi dan Dia jelas-jelas ada. Bahkan Ibnu Taimiyah pernah mengatakan, 'Tidak seorang pun di dunia ini yang mengingkari adanya Sang Pencipta iaitu Allah s.w.t kecuali Firaun. Padahal di dalam hatinya dia mengakui keberadaan Allah s.w.t.'" Oleh kerana itulah Nabi Musa a.s. mengatakan;
"Nabi Musa menjawab, 'Sebenarnya engkau (hai Firaun) telah pun mengetahui, tiadalah yang menurunkan mukjizat-mukjizat ini melainkan Tuhan Yang Mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang menerangkan kebenaran, dan sebenarnya aku fikir, engkau hai Firaun, akan binasa". (Al-Israa' - 102)
Namun pada detik-detik terakhir hayatnya ketika hampir tenggelam, Firaun menjerit sambil meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya selama ini;
"dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu), 'Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)'". (Yunus - 90)
Pengajaran;
Percayalah bahawasanya hati dan seluruh kepunyaan kita ini adalah hak milik mutlak Allah yang dipinjamkan. Kembalikanlah semula kepada-Nya dalam keadaan yang baik. Jangan sekali-kali menidakkan keTuhanan-Nya kerana hanya Dia yang wajib disembah. Usahlah dikhuatirkan sangat tentang bencana yang diwujudkan oleh orang-orang kafir dan Atheis ini, kerana jauh di dalam jiwa mereka terdapat fitrah kebergantungan kepada Tuhan. Apa yang perlu dan utama untuk kita adalah mempertahankan kepercayaan kita dan menambahkan keyakinan kita untuk terus-menerus beriman kepada Allah s.w.t.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan