(010) Jangan Bersedih Selagi Anda Beriman Kepada Allah s.w.t.


Keimanan adalah rahsia di balik kerelaan, ketenangan dan rasa aman. Sebaliknya, kebingungan dan kesengsaraan selalu mengiringi kekufuran dan keraguan. Sering kita dapat melihat orang-orang pandai – bahkan orang-orang genius – yang jiwa mereka hampa dari cahaya risalah sehingga pernyataan mereka terhadap perkara-perkara yang berhubungan dengan syariat sangat menyakitkan.

Pendapat Abul ‘Ala Al-Ma’arri tentang syariat; “Semua yang ada hanyalah pertentangan dan kita hanya boleh diam.” Sedangkan pendapat Ar-Razi; “Puncak dari keberanian akal adalah kebelengguan.” Al-Juwaini mengatakan; “Dia tidak tahu di mana Allah s.w.t berada. Al-Hamadani telah membuatku bingung, Al-Hamadani telah membuatku bingung, Al-Hamadani telah membuatku bingung.” Ibnu Sina mengatakan; “Sungguh, akal yang aktiflah yang akan berpengaruh di dunia ini.” Elia Abu Madhi berkata;

Aku tidak tahu dari mana aku berasal.
Meskipun demikian aku jalani saja hidup ini.
Aku turuti ke mana kaki melangkah.

Masih banyak lagi ungkapan-ungkapan lain yang memiliki makna serupa dan dengan kadar kedekatan dan kejauhan yang berbeza terhadap kebenaran. Kata-kata ini menajdikan kita tahu bahawa dengan keimanan, manusia akan dapat menggapai bahagia dan dengan kebingungan dan keraguannya dia menjadi sengsara. Ungkapan berikut sama ertinya dnegan yang telah disebutkan di atas, yang semuanya merupakan kata-kata sombong yang diucapkan oleh Firaun seorang pelaku dosa besar. Merujuk kepada surah Al-Qasas ayat 38 yang bermaksud;

“...aku tidak mengetahui Rabb bagimu selain aku...”

Lagi di dalam surah An-Nazi’at ayat 24 bermaksud;

“...(seraya) berkata; ‘Akulah Rabbmu yang paling tinggi.’”

Sungguh, satu kekufuran yang telah memporak-perandakan dunia. James Alien penulis buku ‘How Man Thinks’, mengatakan; “Manusia akan tahu bahawa setiap kali manusia mengubah cara pandangannya terhadap sesuatu dan orang lain maka sesuatu dan orang lain itu akan berubah sikap terhadap dirinya. Biarkanlah orang akan mengubah cara berfikirnya dan kita akan terperanjat terhadap betapa cepatnya kehidupan materialnya berubah. Sesuatu yang suci yang membentuk tujuan kita adalah diri kita sendiri. Tentang pemikiran yang salah dan pengaruh yag ditimbulkannya, Allah s.w.t berfirman di dalam surah Al-Fath ayat 12 yang bermaksud;

“Tetapi mereka menyangka bahawa Rasul dan orang-orang mukmin tidak sekali-kali akan kembali kepada keluarga mereka selama-lamanya dan syaitan telah menjadikan kamu memandang baik dalam hatimu persangkaan itu, dan kamu telah menyangka dengan sangkaan buruk dan kamu menjadi kaum yang binasa.”

Firman Allah lagi dalam surah Ali Imran ayat 154 yang bermaksud;

“...mereka menyangka dengan sangkaan yang tidak benar kepada Allah s.w.t seperti sangkaan orang-orang jahiliyah...”

Kembali James Alien; “Semua yang telah direalisasikan oleh manusia tidak lain merupakan hasil terus dari pemikiran peribadinya. Manusia mampu bangkit, menang dan meraih tujuan-tujuan hidupnya dengan fikirannya. Dia akan sentiasa lemah dan celaka jika menolak untuk memahami ini semua”. Allah s.w.t berfirman di dalam surah At-Taubah ayat 46 tentang tekad yang kuat dan pemikiran yang benar yang mana bermaksud;

“Dan, jika mereka mahu berangkat, tentulah mereka akan menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah s.w.t tidak menyukai keberangkatan mereka...”

Dalam firman-Nya yang lain dari surah Al-Anfal ayat 23 bermaksud;

“Kalau kiranya Allah s.w.t mengetahui kebaikan ada pada mereka, tentulah Allah s.w.t akan menjadikan mereka mendengar...”

Akhir sekali firman Allah dari surah Al-Fath ayat 18 pula bermaksud;

“...maka Allah s.w.t mengetahui apa yang ada di hati mereka lalu Dia turunkan ketenangan atas mereka...”


Pengajaran:
1. Segala ketentuan dari Allah s.w.t ada hikmah disebaliknya. Keredhaan adalah kunci untuk memahami hikmah disebalik setiap kejadian.
2. Benarlah sabda Nabi; Orang yang cerdas pemikirannya adalah mereka yang sentiasa mengingatkan tentang mati.
3. Allah sentiasa menyimpan kasih sayangnya dengan menampakkan kecelekaan kepada manusia untuk diuji dan ditambahi imannya.
4. Allah juga kerapkali menyembunyikan murkanya dan melimpahkan segala nikmat kepada manusia untuk memberikan balasan kekufuran kepada mereka.
5. Kenapa perlu resah gelisah dan kebingungan. Apa yang perlu, yakinlah Allah bersama kita. Hanya kita sahaja yang selalu lupa.
6. Percayalah, kita mahu yang terbaik, maka Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita mahu mengelakkan kecelakaan besar, maka ketahuilah bahawa, setiap kecelakaan itu pasti ada pengajarannya.



Bingkisan dari Buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran. Buku La Tahzan yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ARTIKEL TERKINI

(La Tahzan) 048 Bersikap Optimis