(024) MEREKA SEPAKAT KEPADA 3 PERKARA


Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni telah mengkaji banyak buku yang membahas masalah penyakit kegelisahan dan gangguan mental, baik dari kalangan ulama’ salaf kita yang terdiri dari kalangan ahli hadith, sasterawan, para pendidik, sejarahwan, mahupun dari kalangan yang lain. (Termasuk buletin-buletin, buku-buku dari timur dan barat yang telah diterjemahkan, jurnal atau majalah).

Menurut beliau, semuanya sepakat kepada tiga perkara pokok yang harus ditempuh oleh orang yang menginginkan kesembuhan dan terhindar dari gangguan mental, serta hatinya menjadi lapang. Tiga perkara pokok tersebut adalah:

Pertama: Sentiasa menjalinkan hubungan dengan Allah s.w.t menyembah-NYA, taat dan berserah diri kepada-NYA. Ini merupakan masalah keimanan kubra (masalah keimanan yang besar).

"Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadanya; Adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding dengan-Nya?" (Maryam: 65)

Kedua: Melupakan masa lalu dengan semua kepedihannya dan genangan air mata, semua kesedihannya dan bencananya, semua kepahitannya dan keresahannya. Memulakan satu kehidupan baru dengan hari yang baru dan semangat baru pula.

Ketiga: Meninggalkan (angan-angan) tentang masa depan yang belum pasti, tidak menyibukkan diri atau memaksa diri dengannya, tidak terlalu mengharapkannya, tidak larut dalam penantian terhadapnya dan tidak mengkhuatirkannya. Kehidupan harus ditumpukan kepada apa yang kita hadapi hari ini sahaja.

Ali berkata: “Jauhi oleh kamu panjang angan-angan, kerana hal tersebut boleh membuat kamu lupa (lalai).”

“dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu dengan tiada alasan yang benar, dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.” (Al-Qashash: 39)

Jangan percaya kepada segala bentuk desas-desus dan gosip, kerana Allah s.w.t telah berfirman kepada musuh-musuh-NYA:

“dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmat-Nya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?” (Al-Munafiquun: 4)

Kita dapat melihat kebanyakan manusia bahawa mereka sering menanti berbagai perkara, tentang terjadinya bencana-bencana dan kejadian-kejadian, untuk beberapa tahun yang ternyata tidak pernah menjadi kenyataan. Mereka menciptakan ketakutan di dalam hati mereka dan hati orang lain. Maha Suci Allah s.w.t, alangkah sengsaranya kehidupan mereka.

Perumpamaan mereka adalah seperti orang-orang yang ditawan di dalam penjara China. Mereka diletakkan dibawah sebatang paip yang menitis air di atas kepalanya, setitis demi setitis dalam setiap detiknya. Mereka dipaksa untuk menunggu tititsan-titisan itu sehingga menjadi gila dan hilang kesedarannya. Allah s.w.t menggambarkan para penghuni neraka, seraya berfirman:

“dan orang-orang yang kafir, bagi mereka neraka Jahannam; mereka tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya mereka mati (dan terlepas dari seksa), dan tidak pula diringankan azab neraka itu dari mereka; dan demikianlah Kami membalas tiap-tiap orang yang melampau kufurnya.” (Al-Fathiir: 36)

“selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.” (Al-A’laa: 13)

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisaa’: 56).


Pengajaran: 3 perkara pokok yang harus kita lakukan untuk mengeluarkan diri dari keadaan kesedihan dan lemah adalah, pertama, sentiasalah berhubungan dengan Allah dalam keadaan susah atau senang. Kedua, lupakan kisah lalu yang memedihkan atau dibanggakan, hadapilah hari ini dengan positif. Ketiga, jangan terlalu banyak berangan, kerana esok belum pasti untuk kita.




Bingkisan dari Buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran. Buku La Tahzan yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ARTIKEL TERKINI

(La Tahzan) 048 Bersikap Optimis