(001) Masih Saudara dan Orang yang Menyayangi Anda
Bait-bait syair ini boleh disenandungkan lirih, kerana ia akan memberikan kedamaian di dalam jiwa. Berkenaan penyatuan hati dan pendekatan roh ini, salah seorang penyair ada menyatakan;
Kami berada bersama seorang perempuan Yaman yang keras,
dia mempunyai nasab orang-orang soleh,
dia berkata dan menguraikan sejarah,
disamping tirai antara kami.
Lalu si perempuan Yaman bertanya:
“Siapa dan dari mana asal dua pemuda itu?”
Lalu penyair itu katakan:
“Adapun temanku adalah kaum Tamim, dan keluargaku berasal dari Yaman. Kami berteman suatu masa, dan bertemu di berbagai tempat lalu kami bersahabat.”
Sesungguhnya teman adalah hiburan dalam kesedihan. Salah seorang di antara mereka mengatakan:
“Seandainya bukan kerana bisikan jahat, nescaya saya tidak akan bergaul dengan manusia.”
Firman Allah s.w.t di dalam surah Az-Zuhruf ayat 67 membawa maksud:
“pada hari itu sahabat-sahabat karib; setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)."
Ada pula orang yang berkata dalam sebuah perjalanan di daerah orang asing:
Orang yang tidak memiliki keteguhan niat, tanpa tempat tinggal yang tetap,
tanpa keluarga, juga tanpa jiran tetangga, perubahan niatnya, semudah perjalanannya, dari satu negeri ke negeri lain.
Pengajaran:
1. Teman adalah tempat untuk kita melepaskan duka dan nestapa. Adalah mustahil bagi kita manusia untuk hidup tanpa berteman kerana di sanalah erti kehidupan.
2. Namun, dalam hubungan persahabatan, kerapkali ramai dikalangan yang menyalahertikannya sehinggakan, persahabatan itu tidak bertunjangkan keikhlasan tetapi semata-mata kepentingan dan keperluan peribadi.
3. Maka, berteman dan persahabatan adalah suatu tuntutan, tetapi ia perlu betul pilihannya. Seorang teman atau sahabat haruslah mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah agar perhubungan kita diberkati.
4. Bagi mereka yang tiada berteman, kehidupan mereka seperti tiada matlamat dan tujuan. Tiada yang mengingatkan dan tiada yang berpesan-pesan. Hasilnya, kita akan hanyut begitu sahaja tanpa apa-apa amaran dari sesiapapun.
Bingkisan dari Buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran. Buku La Tahzan yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan