Andrew Moore mengatakan: “Segala sesuatu yang sesuai dengan keinginan kita nampak menjadi suatu kebenaran, dan yang tidak sesuai akan mendorong kemarahan kita.”
Demikian halnya dengan nasihat-nasihat dan kritikan. Umumnya, kita senang dengan pujian dan kita merasa tersanjung meski pujian itu palsu. Sebaliknya, kita enggan terhadap kritikan dan celaan meski kritik itu benar adanya. Ini sebenarnya suatu aib yang sangat besar dan kesalahan yang sangat mengkhuatirkan.
Firman Allah yang dalam surah An-Nur ayat 48 hingga 49 yang bermaksud;
“Dan, apabila mereka dipanggil kepada Allah s.w.t, dan Rasul-Nya, agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebahagian mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada Rasul dengan patuh.”
William James mengatakan: “Saat sampai pada satu keputusan untuk dilakukan pada hari itu juga, maka anda akan terbebas sepenuhnya dari fikiran-fikiran yang akan menguasai diri anda yang berkaitan dengan kemungkinan-kemungkinan hasil yang akan anda capai.
Ertinya: “Jika anda sudah mengambil keputusan yang berdasarkan kepada kenyataan maka lakukanlah dan jangan maju mundur atau mempunyai fikiran yang tidak-tidak, jangan campakkan diri ke dalam keraguan yang hanya akan melahirkan keraguan yang lebih besar, dan jangan terus mengkotak-katik perkara-perkara yang sudah berlalu.”
Seorang penyair berkata;
Orang yang bingung dalam menyingkap masalah
Hanya akan menyia-nyiakan umurnya
Selalu bingung, tidak pernah mencapai keberjayaannya
Dan sentiasa nampak bodoh.
Pujangga lainnya mengatakan:
Jika engkau berpendapat, maka tetapkanlah!
Kerana banyak pendapat yang rosak
Kerana ragu-ragu dalam memutuskan.
Keberanian mengambil keputusan akan banyak menolong untuk melepaskan diri dari kegelisahan dan kerisauan. Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 21 bermaksud;
“...apabila tetal tetap perintah perang (mereka tidak menyukainya). Tetapi jikalau mereka benar (imannya) terhadap Allah s.w.t, nescaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.”
Pengajaran:
1. Kebiasaannya manusia amat senang dengan pujian yang ia tidaklah selalunya benar untuk kita.
2. Pujian menjadikan kita lupa diri, berasa cukup, senang dan banyak lagi perkara lain sehinggakan kita terlupa bahawa segala yang baik itu datang dari Allah s.w.t tetapi bukan kita.
3. Kritikan pula sering dijadikan perkara negatif yang menyebabkan kita tidak boleh ditegur. Inilah punca kerosakan sebenar kerana kita tidak merendahkan diri kita untuk menjadi lebih baik.
4. Apabila kritikan bukan sebahagian dari hidup kita, kita tidak akan bertambah baik sebaliknya, akan semakin ketinggalan dan terkebelakang.
Bingkisan dari Buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran. Buku La Tahzan yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan