040 HAKIKAT DUNIA YANG SEBENARNYA


HAKIKAT DUNIA YANG SEBENARNYA

Ukuran kebahagiaan itu ada dalam Kitab Allah s.w.t. yang agung dan sukatan dari segala sesuatu itu ada dalam kualiti zikir kepada Allah s.w.t. Yang Maha Bijaksana. Dia-lah yang menetapkan segala sesuatu, nilai dan balasannya kepada hamba, baik ketika masih di dunia mahupun ketika di akhirat kelak. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

“Dan kalaulah tidak kerana manusia akan menjadi umat yang satu (dalam kekufuran), nescaya Kami jadikan bagi orang-orang yang kufur ingkar kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, bumbung rumah-rumah mereka dari perak, dan tangga-tangga yang mereka naik turun di atasnya (dari perak juga). Dan juga pintu-pintu rumah mereka (dari perak juga), dan kerusi-kerusi panjang yang mereka berbaring di atasnya (dari perak juga),serta berbagai barang perhiasan (keemasan). Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhan-mu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Az-Zuhruf 43: 33 – 35)

Ayat ini menggambarkan dengan jelas tentang hakikat kehidupan beserta nilai-nilai material dan tentang status sosial kehidupan, istana-istana, rumah=rumah mewah, emas, perak dan kedudukan sosial yang ada padanya.

Dengan memberikan segala sesuatu kepada oranng-orang kafir secara sekaligus dan sebaliknya tidak berharga kepada umat manusia. Betapa tiada bernilainya dunia ini.

‘Atabah bin Ghazwan r.a., seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang terkenal itu, mengungkapkan rasa hairan ketika ia sesekali berkhutbah Jumaat. Ia bernostalgia, bagaimana getirnya saat ketika bersama Rasulullah s.a.w., ketika hanya boleh makan dedaunan pada saat jihad di jalan Allah s.w.t. Saat-saat seperti ini ia rasakan sebagai saat yang paling disukai sepanjang usianya dan sebagai hari-harinya yang manis.

Selanjutnya, sepeninggalan Rasulullah s.a.w. dia masih diberi umur oleh Allah s.w.t. dan diangkat menjadi seorang penguasa dan juga seorang hakim. Menurutnya lagi, kehidupan yang harus dihadapi sepeninggalan Rasulullah s.a.w. adalah kehidupan yang sangat berharga.

Kulihat orang-orang yang sengsara
Tidak pernah bosan dengan dunia
Sekalipun mereka di dalamnya
Hidup dengan telanjang dan kelaparan.

Kulihat dunia ini sekalipun menyenangkan
Tidak ubahnya seperti awan di musim panas
Dalam waktu sekejap ia pergi tanpa kesan.

Sa’ad bin Abi Waqqash r.a. merasa kebingungan saat dianggkat menjadi penguasa di Kufah sepeninggalan Rasulullah s.a.w. Ia melihat kenyataan yang sangat berbeza dibandingkan saat bersama Rasulullah s.a.w. yang cukup hanya dengan makan tumbuh-tumbuhan, dan hanya makan kulit kambing yang sudah kering, dipanggang, ditumbuk lalu direbus dengan air. Ia melihat betapa tidak berharganya istana-istana dan rumah-rumah yang indah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

“Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.” (Ad-Dhuha 93: 4)

Itu ertinya ada sesuatau dalam perkara ini, dan ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik masalah ini kehidupan dunia yang tidak berharga.

“Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu. (Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar)." (Al-Mukminun 23: 55-56)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Demi Allah, bukanlah kefakiran yang lebih aku khuatirkan atas diri kamu.”

Ketika Umar r.a. memasuki rumah Rasulullah s.a.w., baginda sedang berada di tempat minumnya. Dilihatnya kesan-kesan bekas tikar di punggung Rasulullah s.a.w. dan hanya ada karung gandum yang tergantung di rumahnya.

Tanpa disedari air mata Umar mengalir di pipinya. Suatu pemandangan yang sangat menyentuh perasaannya, kerana saat itu baginda adalah seorang teladan dan pemimpin bagi seluruh umat manusia, tetapi baginda dalam keadaan yang sangat sederhana seperti ini;

“Dan mereka pula berkata: "Mengapa Rasul ini makan minum dan berjalan di pasar-pasar (seperti manusia yang lain)? Sepatutnya diturunkan malaikat kepadanya, supaya malaikat itu turut memberi peringatan dan amaran bersama-sama dengannya (sebagai saksi yang membenarkannya).” (al-Furqan 25: 7)

Tercetus ucapan dari bibirnya, “Wahai Rasulullah, engkau telah mengetahui contoh hidup Kisra dan Kaisar.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab, “Wahai Ibnu Al-Khatab, apakah engkau masih meraguiku? Tidakkan engkau redha jika kesenangan akhirat menjadi milik kita, sedang mereka hanya memperoleh kesenangan dunia?”

Ini adalah satu perbandingan yang sangat jelas, dan pembahagian yang sangat adil. Biarkanlah orang yang meneriman itu akan memperolehinya dan biarkan pula orang yang tidak suka akan membencinya. Biarkanlah orang yang menginginkan kebahagiaan itu mencarinya di dalam dirham, dinar, istana dan kenderaan dan dibiarkan pula ia berusaha untuk itu sahaja. Demi Zat yang tiada Tuhan selain Allah s.w.t., mereka tidak akan mendapatkannya. Firman Allah s.w.t.;

“Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.” (Hud 11: 15-16)

Seorang penyair ada mengatakan;

Kutinggalkan dunia
Untuk beralih ke yang lainnya
Kerana tiada yang diharapkan dari dunia ini
Bagi orang-orang yang soleh.




Muat turun artikel ini di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ARTIKEL TERKINI

(La Tahzan) 048 Bersikap Optimis