(014) Jangan Bersedih, Kerana Boleh Jadi Cubaan Adalah Anugerah


Doktor Samuel Johnson mengatakan: “Kebiasaan melihat sisi baik dari semua peristiwa jauh lebih berharga daripada mendapatkan penghasilan seribu pound sterling dalam setahun.” Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran dari surah At-Taubah ayat 126 yang bermaksud:

“Dan, tidakkah mereka (orang-orang munafik) itu memerhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran.”

Sebaliknya, Al-Mutanabbi mengatakan;

Semoga segala kejadian
Mampu mebuat diriku semakin matang
Dan memberikan pengalaman berharga untukku.

Mu’awiyah mengatakan: “Ketenangan diri tidak dimiliki, kecuali oleh orang yang telah mengalaminya.”

Abu Tamam, di dalam Al-Afsyin berkata: “Betapa banyak nikmat Allah s.w.t yang telah dimilikinya. Namun masih saja ia hidup dalam keterasingan dan kekangan.”

Seorang Salaf berkata kepada salah seorang yang kaya: “Aku melihat nikmat pada dirimu maka ikatlah ia dengan rasa syukurmu.”

Allah berfirman di dalam Al-Quran dari surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

Firman Allah lagi dalam surah An-Nahl ayat 112 pula yang bermaksud:

“Dan, Allah s.w.t telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezekinya datang melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah s.w.t kerana itu Allah s.w.t merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang mereka buat.”

Pengajaran:
1. Melihat sesuatu dengan pandangan yang positif adalah lebih bernilai walaupun keadaan sebenar menampakkan kerugian dan kekalahan atau kekurangan. Ini kerana, tiada yang lebih baik berbanding dari pandangan yang baik terhadap apa yang berlaku. Ia adalah sebagai pengajaran dan pengalaman yang mematangkan.
2. Berfikiran positif, dan melihat sesuatu dari sudut pandangan yang baik mampu memberikan ketenangan hati dan kelapangan fikiran.
3. Berfikirlah dari sudut yang baik kerana ia sebagai tanda kesyukuran dengan apa yang berlaku, kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.






Bingkisan dari Buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran. Buku La Tahzan yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ARTIKEL TERKINI

(La Tahzan) 048 Bersikap Optimis