KUNCI KEBAHAGIAAN
Jika anda telah mengenali Allah s.w.t., menyucikan-Nya, beribadah kepada-Nya, dan menempatkan-Nya sebagai Tuhan, sementara anda berada di dalam sebuah pondok, nescaya anda akan mendapat kebaikan, kebahagiaan, ketenangan dan rasa damai.
Namun jika anda menyimpang, walaupun tinggal di dalam istana yang paling megah, di rumah yang paling luas dan memiliki semua yang anda suka, maka ketahuilah bahawa akhir kehidupan adalah pahit sekali dan penderitaan dalam erti yang sebenarnya. Itu bererti bahawa anda hingga kini bekum memiliki kunci kebahagiaan. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Qasas ayat 76 yang bermaksud;
“...Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya (saja) sungguh berat dipikul oleh beberapa orang yang sangat kuat...” (Al-Qasas: 76)
RENUNGAN
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Haj ayat 38 yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah s.w.t. membela orang-orang yang beriman...” (Al-Haj: 38)
Ayat ini bererti Allah s.w.t. membela mereka untuk tidak terjerumus ke dalam kejahatan dunia dan akhirat. Ini adalah satu berita, janji dan sekaligus khabar gembira dari Allah s.w.t. bagi orang-orang yang beriman bahawa Dia akan membela mereka dari semua yang tidak baik. Allah s.w.t. akan menghindarkan mereka (kerana keimanan mereka) dari semua keburukan orang-orang kafir, keburukan godaan syaitan, keburukan dirinya sendiri, keburukan amal perbuatan mereka sendiri dan membantu meringankan beban yang memberatkan mereka. Setiap mukmin berhak atas pembelaan dan keutamaan seperti itu sesuai dengan kadar keimanannya. Ada yang mendapat banyak dan ada juga yang mendapat sedikit.
Bahawasanya Allah s.w.t. menghibur hamba yang sedang ditimpa bencana dan meringankan kesusahan yang ia hadapi adalah satu dari sekian banyak keimanan. Keimanan itu akan menjadi hiburan kepada hamba dan akan membuatnya merasa ringan tatkala ditimpa musibah dan bencana. Firman Allah s.w.t. lagi di dalam surah at-Taghabun ayat 11 yang bermaksud;
“...barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. akan memberikan petunjuk pada hatinya...” (At-Taghabun: 11)
Konteks ayat ini adalah seorang hamba yang sedang ditimpa musibah. Ia menyedari bahawa musibah yang menimpanya ini berasal dari Allah s.w.t., bahawa segala yang (menurut ketentuan Allah s.w.t.) tidak akan menimpanya, pasti tidak akan terjadi. Sehingga ia dapat menerima dan pasrah kepada takdir sekalipun menyakitkan dan bencana sebesar apa pun akan tidak bererti di hadapannya kerana keyakinannya bahawa semua itu berasal dari Allah s.w.t. dan itu bererti ia akan mendapat pahala atas kesabarannya.
Muat turun artikel ini di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan