049. JANGAN BERSEDIH, WAHAI MANUSIA


Wahai umat manusia sekalian, hai orang yang bosan dengan kehidupan, yang tidak ghairah dalam hidup ini, yang hari-harinya sempit dan jalan nafasnya tersumbat, di sana ada kemenangan yang nyata, pertolongan yang semakin dekat, jalan keluar dari kesempitan dan kemudahan setelah kesusahan.

Persekitaran kita ada perkara-perkara kecil yang tersembunyi. Ada cita-cita yang indah, ada masa depan yang menjanjikan dan ada janji yang pasti.

Sesungguhnya kesempitan yang kita rasakan akan ada jalan keluar. Dalam musibah yang kita hadapi ada perkara yang akan menyelamatkan kita dari musibah itu sendiri. Justeru, di dalam perkara-perkara yang tidak kita sukai itu pasti ada nikmat dan kebaikan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;
“Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka, ‘Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari Kami, sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat).’” (Fathir 35: 34)

Wahai umat manusia, sudah saatnya kita menggantikan keraguan dengan keyakinan, penyelewengan hati dengan kebenaran, ketidaklurusan fikiran dengan hidayah, dan ketidaklurusan jalan dengan petunjuk.

Sudah sampai masanya kita menyingkap kegelapan dengan fajar shadiq, menggantikan harapan yang pahit dengan keredaan yang manis dan cubaan yang gelap dengan cahaya yang menerangi segala kebohongan.

Wahai umat manusia, di sebalik ladang yang gersang itu ada tanah yang subur yang rezekinya melimpah ruah.

Di atas gunung yang pejal ada kebun yang sangat subur, yang tidak perlu disiram hujan lebat. Kebun itu memberikan khabar gembira, harapan yang baik dan cita-cita.

Wahai orang yang tidak nyenyak tidur dan yang selalu mengeluh kerana kegelapan, kegelapan akan tersingkap dan bergembiralah dengan datangnya pagi. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

“(Mendengarkan yang demikian tetamunya berkata, ‘Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhan mu. Kaum Engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepada mu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluarga mu pada tengah malam, dan janganlah seorang pun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isteri mu, sesungguhnya ia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?’" (Hud 11: 81)

Pagi yang akan menyinarkan cahaya, kegembiraan dan kesenangan.

Wahai orang yang harinya ditimpa kesedihan, melangkahlah dengan perlahan, di ufuk sana telah tersedia jalan keluar yang akan memberikan keringanan.

Wahai orang yang matanya selalu digenangi air mata, hentikan aliran air mata itu dan berikan kenikmatan kepada kedua bola mata mu. Tenanglah, kerana kita berhak mendapat perlindungan diri Sang Pencipta dan pemeliharaan dari kebijaksanaan Nya. Tenanglah qadha telah selesai, kebijaksanaan telah dirumuskan, rintangan sudah dapat dihilangkan, otot-otot kekuatan sudah kembali segar, dan pahala telah ditetapkan bagi yang terus berusaha.

Tenanglah, kerana kita sedang berurusan dengan Zat Yang Berkuasa atas urusan Nya, yang Maha Bijaksana atas hamba-hamba Nya, yang Maha Pengasih terhadap makhluk Nya, dan yang Maha Indah dalam segala pengaturan Nya.

Tenanglah, kerana akhir dari perjalanan itu adalah kebaikan, hasilnya adalah ketenangan dan penutupnya adalah kemuliaan.

Setelah kefakiran itu akan ada kekayaan, setelah kehausan akan ada kesegaran, setelah perpisahan akan ada pertemuan, setelah bertengkar, akan datang kerukunan, setelah terputus akan bersambung kembali, dan setelah tidak tidur malam pasti akan dapat itdur nyenyak. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

“Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).” (Thalaq 65: 1)

Seorang penyair mengatakan;

Perapian mereka mula terlihat saat mala mula gelap dan pengiring unta sudah letih serta petunjuk jalan telah kebingungan. Kurenungi perapian itu sedang fikiranku tidak menentu kerana perpisahan dan mataku sudah letih. Hatiku adalah hati seorang yang menderita dan kerinduan yang mencengkamku begitu mendalam. Kami bertanya kepada Yang Maha Melindungi lagi yang diharapkan pertolongan-Nya dalam setiap musibah masih adakah jalan keluar dari derita ini. Maka ternyata kami jumpai Dia Raja yang berlimpah pemberian-Nya Esa lagi Maha Agung.
Hai orang yang hidup menderita di bumi kerana didera kelaparan, kesempitan, kesengsaraan, penderitaan, kefakiran dan penyakit, bergembiralah, kerana sesungguhnya engkau bakal kenyang, bahagia, senang dan sihat. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

“Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri. Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang” (Mudatsir 74: 33-34)

Seorang penyair mengatakan;

Malam pasti berlalu dan berbelenggu pasti akan patah. Barang siapa yang takut mendaki gunung nescaya selamanya akan hidup di antara galian-galian.
Sebagai seorang hamba, seharusnya berbaik sangka pada Tuhannya, menunggu kurnia dari Nya dan mengharapkan kebijaksanaan Nya. Sesungguhnya Tuhan yang perintah Nya hanya memakai kalimah ‘kun’, maka harus percaya kepada janji Nya.

Tidak seorang pun yang dapat memberikan kebaikan kecuali Dia dan tidak pula seorang pun yang dapat memberhentikan bahaya kecuali Dia. Di dalam setiap jiwa Dia telah menentukan kebijaksanaan, dalam setiap gerakan ada hikmah dan setiap saat Dia memberikan jalan keluar.

Dia yang menjadikan pagi hari setelah malam, yang menurunkan hujan setelah kegersangan, yang memberi agar disyukuri, yang menurunkan ujian untuk mengetahui siapa yang sabar dan siapa yang tidak, yang memberi kenikmatan hanya kerana Dia ingin mendengar pujian dari hamba Nya dan yang menurunkan bencana supaya hamba mahu berdoa. Ini adalah keharusan agar hamba lebih menguatkan tali hubungan dengan Nya, dan banyak memohon kepada Nya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;

“Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnia Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (An-Nisa’ 4: 32)

Serta firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-A’raf ayat 55;

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” (Al-A’raf 7: 55)

Sebuah kisah tentang Al-‘Ala’ bin Al-Hadhrami tersesat dengan para sahabatnya di tengah padang pasir, bekalan air mereka telah habis, dan hampir sahaja mati kehausan. Al-‘Ala’ pun menyeru kepada Tuhannya dan Tuhan Yang Mendengar lagi Maha Mengabulkan doa, “Wahai Zat Bijaksana, dan Yang Maha Tabah…” dan tiba-tiba turunlah hujan. Mereka pun minum, berwudhu’, mandi dan memberi minum kepada haiwan tunggangan mereka. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Asy-Syuaraa’ ayat 28;

“Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaan Nya dengan) berkata, ‘Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahami Nya!" (Asy-Syu’ara’ 26: 28)

Renungan


Mencintai Allah s.w.t., bermakrifat kepadanya, selalu berzikir kepada Nya, mencari ketenangan dengan Nya, menenangkan hati di sisi Nya, takut, berharap dan tawakal hanya kepada Nya, dengan keyakinan bahawa Dialah yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba, adalah syurga dunia dan kenikmatan yang tidak dapat disamakan dengan kenikmatan lain. Itu adalah kesenangan dan kehidupan bagi mereka yang mencintai Allah s.w.t.

Kebergantungan hati hanya kepada Allah s.w.t., ketekunan hati untuk berzikir hanya kepada Nya, dan qanaah hati adalah kerana hilangnya keresahan dan kegundahan, sebab munculnya kelapangan hati dan sebab bagi kehidupan yang baik. Oleh kerana itu, tidak ada hati yang lebih sempit dan tidak ada jiwa yang lebih resah daripada orang yang menggantungkan hatinya kepada selain dari Allah s.w.t. yang lalai berzikir kepada Allah s.w.t. dan yang tidak puas dengan yang diberikan Allah s.w.t.




M Uat turun artikel ini di sini.

1 ulasan:


  1. izin share ya admin :)
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Line : agen365
    WA : +855 87781483 :)
    Silakan di add ya contaknya dan Bergabung juga ya :)

    BalasPadam

ARTIKEL TERKINI

(La Tahzan) 048 Bersikap Optimis