(016) RASA REDHA HILANGKAN KESEDIHAN


Dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya;

"Kami tidak akan mengatakan, kecuali perkataan yang diredhai Tuhan kami."

Sesungguhnya anda mempunyai satu tugas yang suci, iaitu tunduk dan pasrah bila sesuatu yang ditakdirkan untuk anda telah datang, supaya anda dapat meraih manfaat dan akibat yang baik darinya. Dengan redha terhadap takdir, anda akan selamat dari malapetaka saat ini dan kerugian pada masa yang akan datang.

Seorang penyair mengatakan:

Ketika ku lihat uban
telah mula menghiasi jambang dan kepalaku
aku katakan kepadanya: "Selamat datang!"

Seandainya ku takut
pasti tidak ku ucapkan salam itu kepadanya

Walaupun aku mengusirnya
bencana itu tidak mungkin menjauh dariku

Namun, bila seseorang boleh menerima
apa pun kejadian yang tidak disenanginya
maka pada suatu hari nanti
bencana itu akan pergi dengan sendirinya.


Sesungguhnya tiada tempat berlari dari takdir yang telah ditentukan. Satu-satunya jalan adalah anda harus beriman kepada takdir Allah s.w.t kerana takdir pasti akan berlaku, walaupun anda menanggalkan pakaian dan menguliti tubuh anda.

Dinukilkan dari Harry Emerson Fosdick dalam bukunya 'The Power to See It Through', bahawa dia pernah mengajukan satu pertanyaan:

"Dari mana datangnya fikiran yang mengatakan bahawa kehidupan yang indah, tenang dan yang terhindar dari segala kesusahan dan rintangan, akan melahirkan orang-orang yang paling bahagia dan orang-orang yang sangat terkemuka?

"Sesungguhnya yang terjadi adalah sebaliknya. Orang yang biasa menempatkan dirinya dalam kesedihan akan tetap berada dalam kesedihan walaupun sedang tidur di atas sutera yang lembut.”

"Sejarah juga telah membuktikan bahawa keagungan dan kebahagiaan boleh diperoleh oleh orang-orang yang berasal dari lingkungan yang berbeza-beza, baik dari lingkungan yang baik, lingkungan yang buruk mahupun lingkungan yang di dalamnya bercampur aduk antara kebaikan dan kejahatan.”

"Di setiap lingkungan yang berbeza-beza ini, ternyata hidup para tokoh yang memikul tanggungjawab di atas bahu mereka dah pantang dan mengabaikannya."

Orang-orang yang turu mengangkat panji hidayah rabbaniyah pada masa-masa awal dakwah Rasulullah s.a.w adalah justeru para hamba sahaya, orang-orang miskin dan orang-orang yang hidupnya susah. Sebaliknya, orang-orang yang menentang keimanan yang suci itu adalah mereka yang mulia, terhormat dan terkemuka di mata kaumnya. Bacalah maksud firman-firman Allah dibawah ini:

Surah Maryam: 73

"Dan, apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang (maksudnya) nescaya orang-orang kafir berkata kepada orang-orang yang beriman: 'Manakah di antara kedua golongan (kafir dan mukmin) yang lebih baik tempat tinggalnya dan lebih indah pertemuannya.'"

Surah Saba': 35

"Dan mereka berkata: 'Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan diazab.'"

Surah Al-An'am: 53

"...orang-orang yang semacam inikah diantara kita yang diberi anugerah oleh Allah s.w.t kepada mereka? (Allah s.w.t berfirman): 'Tidakkah Allah s.w.t lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepada-Nya)?'"

Surah Al-Ahqaf: 11

"Dan orang-orang kafir berkata kepada orang-orang yang beriman: 'Kalau sekiranya dia (Al-Quran) adalah suatu yang baik, tentulah mereka tidak mendahului kami (beriman) kepadanya...'"

Surah Al-A'raf: 76:

"Orang-orang yang menyombongkan diri berkata: 'Sesungguhnya kami adalah orang yang tidak percaya kepada apa yang kamu imani itu.'"

Surah Az-Zuhruf: 31-32:

"Dan mereka berkata: 'Mengapa Al-Quran ini tidak diturunkan kepada seorang pembesar dari salah satu dua negeri (Makkah dan Thaif) ini? Apakah mereka yang membahagi-bahagi rahmat Rabbmu...'"

Terdapat sebuah bait syair karya Antarah ketika dia memberitahu kepada kita bahawa harga dirinya terletak pada watak, perbuatan dan kehormatannya, bukan pada asal-usul dan garis keturunannya. Katanya:

Meskipun aku seorang hamba
sesungguhnya aku tuan yang mulia
Meskipun hitam kulitku
sesungguhnya putih akhlakku
Bila anda kehilangan satu anggota tubuh
masih ada anggota tubuh yang lain.


Mungkin saja musibah yang menimpa adalah suatu kebaikan bagi diri anda. Firman Allah di dalam Al-Quran ayat 216 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud:

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu."

Basysyar Bin Burd berkata:

Musuhku memalukan ku
dengan menyebut aibku.
Bagiku bukanlah sesuatu yang memalukan
jika aku dikatakan buta.

Bila seseorang
masih mempunyai kewibawaan dan ketakwaan
sesungguhnya kebutaan tidak membahayakan.

Saya melihat kebutaan
sebagai pahala, modal dan penjagaan diri
sedang aku sangat-sangat memerlukan ketiga-tiga perkara itu.


Lihatlah perbezaan ungkapan yang dikatakan oleh Ibnu Abbda dan Basysyar dengan apa yang dikatakan oleh Soleh bin Abdul Qudus ketika mengalami kebutaan:

Seluruh dunia terasa sejahtera
tetapi tidak bagiku yang tua
Nasib buruk menimpaku
sebagai orang buta di dunia ini.

Bagaikan seseorang yang telah wafat
namun dianggap masih hidup
dikhianati oleh cita-cita yang menipunya.
Doktor mengharapkan kesembuhan mataku
sedang bahagian yang satu dengan lain begitu dekat.


Qadha' Allah s.w.t pasti akan terjadi, baik kepada yang menolak atau yang menerima. Bezanya, orang yang menerimanya akan mendapat pahala dan kebahagiaan, sedangkan yang menolak akan mendapat dosa dan kesengsaraan.

Umar bin Abdul Aziz r.a. menulis surat kepada Maimun bin Mahran: "Engkau telah menyampaikan dukacita kepadaku atas wafatnya Abdul Malik. Inilah (qadha') yang selama ini aku tunggu-tunggu, namun ketika musibah itu terjadi, aku tidak boleh menolaknya."


PENGAJARANNYA;
1. Walaupun dengan hanya perkataan, semuanya perlukan keredhaan dari Allah s.w.t agar mendapat keselamatan dan tidak kerugian.
2. Kita sebagai makhluk Allah s.w.t harus percaya dan meyakini bahawa setiap takdir yang ditentukan pastinya ada sebab dan peranannya serta sebagai manusia, kita tidak boleh langsung lari darinya.
3. Berasa cukup dan redha mendatangkan kesenangan di dalam hati dan sentiasa rasa bersyukur kepada Allah s.w.t kerana percaya apa sahaja yang diperoleh padanya adalah yang terbaik untuknya.
4. Kehidupan yang mencabar dan sering berada di dalam kesempitan menjadikan kita lebih mudah bersama berjuang kepada agama Allah, sedangkan mereka yang berada di dalam keadaan yang senang dan selesa berasa sukar untuk dan melakukan sebaliknya.
5. Kehilangan sesuatu bukan bererti tamat segalanya, tetapi memungkinkan keperluan pada sesuatu yang baru Ia adalah ketentuan yang pasti. Percayalah.





Bingkisan dari buku motivasi Islam yang terlaris dan terhangat dipasaran karangan Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ARTIKEL TERKINI

(La Tahzan) 048 Bersikap Optimis