(015) HINDARI KEGELISAHAN DAN TEKANAN


Ibnu Ar-Rumi berkata di dalam syairnya:

Ketamakan mendekatkan orang pada kenderaan menuju celaka. Sesungguhnya tamak adalah kenderaan orang yang celaka. Selamat datang rezeki yang cukup. Di setiap kerja keras membuahkan hasil.

Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Quran dalam surah Saba' ayat 37 yang bermaksud:

"Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh. Mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat kali ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka sentiasa aman sentiasa di tempat-tempat yang tinggi (di syurga)."

Dale Carnegie mengatakan: Angka statistik menyebutkan bahawa kegelisahan adalah pembunuh nombor 1 di Amerika. Selama beberapa tahun berlangsungnya Perang Dunia Ke-11 sahaja jumlah tentera kami yang mati lebih kurang seramai 1/3 juta orang. Pada saat itu juga penyakit jantung telah memakan korban seramai 2 juta penduduk. Satu juta di antaranya, penyakit jantung yang disebabkan rasa gelisah dan tekanan."

Penyakit hati adalah penyebab utama yang mendorong Doktor Alexis Carlyle mengatakan: “Para pekerja yang tidak tahu bagaimana menghadapi kesedihan akan mati lebih cepat."

Penyebabnya sangat masuk akal, dan permasalahan ajal memang telah Allah s.w.t tetapkan sebagaimana firman-Nya di dalam Al-Quran dari surah Ali Imran ayat 145 yang bermaksud:

"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati, melainkan dengan izin Allah s.w.t, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya..."

Sangat sedikit sekali orang Negro dan Cina di Amerika yang diserang penyakit jantung. Mereka adalah orang-orang yang menjalani hidup dengan cara yang mudah dan santai. Sebaliknya, jumlah doktor yang mati kerana serangan jantung adalah 20 kali ganda dibandingkan para petani yang mati dengan penyakit yang sama.

Ini kerana para doktor itu menjalani kehidupan yang diliputi dengan kegelisahan dan kekhuatiran yang tinggi sehingga mereka harus membayar dengan harga yang mahal. Sangat ironi, doktor yang mengubati manusia, namun dia sendiri.

PENGAJARAN:
1. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t bukanlah melalui kesibukan dunia yang dikejar untuk kesenangan berkeluarga, anak-anak dan sebagainya bahkan adalah kerana amal soleh yang dilakukan dan keamanan sebenar untuk kita adalah ditempat yang tinggi yakni syurga Allah s.w.t.
2. Kegelisahan merupakan satu tekanan yang membunuh manusia lebih cepat berbanding penyakit-penyakit lain. Ia juga dikenali sebagai salah satu penyakit hati yang mengundang banyak permasalahan dalam kehidupan manusia.
3. Namun, kematian adalah atas ketentuan Allah s.w.t yang merupakan rahsia dan tidak ada manusia yang mengetahuinya. Sehubungan dengan itu, kehidupan sebagai manusia juga perlu diteruskan dengan aman sebagaimana perintah Allah dan pengajaran dari Rasulullah s.a.w untuk memberikan manfaatkan kepada orang lain untuk menjadi seorang Muslim yang baik.
4. Kegembiraan dan keceriaan menyuburkan kesenangan di dalam hati. Hati yang senang, menjadikan manusia itu terbuka dan berbahagia.





Bingkisan dari Buku Motivasi Islami yang terlaris dan terhangat di pasaran. Buku La Tahzan yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ARTIKEL TERKINI

(La Tahzan) 048 Bersikap Optimis